Ahad, 4 Mac 2018
5 Produk Yang Anda Mesti Cuba Untuk Menghilangkan Parut
Ramai orang pasti berasa kurang selesa bila ada parut. Kadangkala boleh memberi kesan psikologi negatif terhadap keyakinan diri terutama bila berhadapan perkara-perkara yang melibatkan urusan rasmi. Paling terasa kalau parut di muka atau bahagian badan yang memang tak boleh nak cover. Terutama kepada kaum wanita , pasti berasa kurang keyakinan diri.
Saya juga tidak terkecuali bila bercakap tentang parut. Masa remaja banyak jerawat dan meninggalkan kesan parut sehingga kini. Bila semakin sibuk dengan aktiviti yang melibatkan pertemuan dengan pelbagai orang, saya mula mencari informasi produk yang boleh hilangkan parut dan senaraikan 6 jenis produk hilangkan parut terbaik di dunia berdasarkan penerangan dan testimoni.
Okey! Let Start!
Produk Hilangkan Parut Dengan Pantas Dan Berkesan Di Dunia
1. Azanis Scar Serum
Berdasarkan senarai produk paling terbaik adalah Azanis Scar Serum. Ia adalah international scar serum yang amat popular di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand dan merupakan produk rawatan parut terlaris di Malaysia menurut Utusan Malaysia dan TV3. Terdapat dalam saiz 15ml, banyak testimoni mengatakan Azanis Scar Serum memberi kesan yang lebih pantas dan cepat berbanding yang lain.
Bila saya survey lebih lanjut kenapa ia berkesan adalah disebabkan kepekatan tinggi antioksida dan tindakan anti-radang dalam Vitamin E Natural (12,000 IU dalam pek 15ml) dan Cocoa Butter. Tambahan lagi ia mudah didapati di farmasi-farmasi dan secara online. Cuma ada juga peringatan agar berhati-hati dengan produk tiruan Azanis Scar Serum.
2. Bio Oil
Bio Oil boleh didapati di drugstore seperti watson dan guardian . Bio Oil terdapat 2 saiz juga iaitu, 60ml dan 125ml yang boleh digunakan untuk kulit sensitif di bahagian muka dan badan.
Ia juga antara produk yang berkesan untuk masalah parut dan regangan kulit (stretch mark), merawat warna kulit tidak sekata, penuaan kulit dan kulit kering. Ada juga yang menggunakannya sebagai penanggal make-up disamping merawat kulit muka.Selain itu , produk ini mampu menghilangkan kesan jeragat. Namun ia dikatakan mengandungi minyak PurCellin yang berasal dari itik. Mungkin ada yang kurang selesa dengan produk yang mengandungi bahan daripada haiwan.
3. Mederma
Mederma merupakan antara produk hilangkan parut yang merawat parut lama dan baru, kesan melecur, regangan kulit termasuklah parut yang disebabkan jerawat. Mederma mempunyai kandungan vitamin E dan aloe vera yang bertindak membantu kulit kembali tegang dan dan melicinkan kulit. Ia didatangkan dengan 2 saiz iaitu 20gm dan 50gm,
Terdapat juga beberapa testimoni yang mengatakan keberkesanan produk ini namun ia mengambil masa yang lama. Ada juga yang menggunakannya hingga 2 tahun dengan sabar tetapi masih ada kesan bekas parut. Selain itu, ada juga testimoni mengatakan mereka berasa gatal-gatal bila menggunakannya terutama bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif.
4. Dermatix
Dermatix merawat secara klinikal menghilangkan serta memudarkan parut pada kulit. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan kegatalan pada kawasan berparut baru yang disebabkan luka yang baru sembuh sama ada di muka dan badan. Ia juga amat berguna sebagai 'sunblock' yang melindungi kulit dari sinaran UV matahari.
Dipasarkan dengan 2 saiz dan lebih kecil dari kesemua senarai yang ada iaitu dalam tiub 7g dan 16g. Terdapat beberapa testimoni menyatakan keberkesanan menggunakan Dermatix ini, cuma harganya agak mahal berbanding yang lain. Ia juga disarankan agar digunakan dengan mendapatkan khidmat nasihat dari doktor atau pun pakar kulit sebaiknya terlebih dahulu.
5. White Lotus
Informasi produk White Lotus agak sukar ditemui dalam carian untuk informasi bahasa Malaysia. Terdapat juga informasi yang kurang jelas. Namun difahamkan ia diperbuat daripada 100% bahan minyak green tea organik yang membantu menghilangkan parut dengan memperbaiki sistem kitaran darah.
Apa yang diketahui ia merupakan produk pemulihan parut yang dikategori menggunakan bahan organik herba cina dan didatangkan dengan saiz 25ml setiap satu.
Justeru, mana satu pilihan anda? Jika ditanya, pendapat saya lebih memilih Bio Oil. Pertamanya kerana, walaupun tidak sehebat Azanis Scar Serum berdasarkan testimoni yang banyak mengakui keberkesanan produk dalam menghilangkan parut dengan pantas dan cepat. Saya lebih memilih untuk mengguna Bio Oil kerana mudah di dapati di drugstore dan lebih murah dan juga kualiti asli lebih terjamin . Keduanya, ia merupakan antara produk pilihan dunia . :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
TIPS KURUSKAN BADAN DENGAN BERKESAN
CARA KURUSKAN BADAN Biasanya, banyak tips hanya menjurus kepada, bagaimana untuk kuruskan badan sahaja. Banyak tips kuruskan badan secara...
-
Ramai orang pasti berasa kurang selesa bila ada parut. Kadangkala boleh memberi kesan psikologi negatif terhadap keyakinan diri terutama bil...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua yang datang ke blog ini . Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit info tempat-tempat men...





Tiada ulasan:
Catat Ulasan